Berita Utama

Majikan belasah pekerja kerana puasa mohon maaf

‘Saya tak bermaksud hina sesiapa dengan apa yang saya katakan’

KUALA LUMPUR, 6 Ramadan 1442H, Ahad – Majikan yang didakwa mencederakan dua pengawal peribadinya kerana berpuasa membuat permohonan maaf.

“Sekiranya apa yang saya katakan kepada pengawal peribadi saya menyinggung perasaan sesiapa, saya rasa saya harus minta maaf kepada semua umat Islam di negara ini, kepada Yang di-Pertuan Agong dan dua bekas pengawal peribadi saya.

“Saya tidak bermaksud menghina sesiapa dengan apa yang saya katakan. Terima kasih, semua,” katanya dalam sebuah video yang disiarkan The Star.

Dia berkata demikian ketika digari dan diapit dua anggota polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Lelaki berusia 43 tahun yang berada dalam tahanan polis itu kemudian dibawa menaiki sebuah kereta polis.

Pada Rabu lalu, media melaporkan, dua pengawal peribadi dipukul dengan rotan dan diacu pistol oleh majikan kerana berpuasa di bulan Ramadan.

Susulan itu, empat suspek ditahan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah) dan 298 Kanun Keseksaan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button