Berita Utama

ISMA Kajang serah sumbangan kepada pesakit kanak-kanak

Kempen Semarak Ramadan siri ketiga galak kanak-kanak baca al-Quran, lakukan aktiviti manfaat

KAJANG, 7 Ramadan 1442H, Isnin – Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) ISMA Kajang hari ini menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanak-kanak di Hospital Kajang menerusi kempen Semarak Ramadan.

Kempen yang diadakan pada siri ketiga itu bertujuan menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti bermanfaat dan membaca al-Quran pada bulan Ramadan.

Sumbangan berupa Kit Ramadan Anak-Anak Hebat, alat tulis serta al-Quran telah disampaikan oleh Ketua BKM, Atiqah Ahmad Zain diiringi Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Maghrifah selaku penaja naskhah al-Quran dan buku Mathurat, Azlin.

Sumbangan berkenaan diserahkan kepada wakil Hospital Kajang, Matron Salwa Mohd Salleh.

Turut hadir pada program itu adalah Ketua Wanita ISMA Kajang, Ustazah Siti Aminah dan beberapa ahli jawatankuasa BKM.

Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan dalam Kempen Semarak Ramadan pada siri seterusnya boleh berbuat demikian dengan melayari pautan https://toyyibpay.com/Frontliner-dan-pesakit atau menerusi akaun Maybank Ikatan Muslimin Malaysia Kajang
562414517442.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button