Berita UtamaDunia

Pengganas Israel larang aktivis Palestin masuk Masjid al-Aqsa

Mohamed ditahan 15 bulan di penjara kerana dedah penjajahan Zionis

BAITULMAQDIS, 7 Ramadan 1442H, Isnin – Rejim pengganas Israel menyoal siasat aktivis Baitulmaqdis, Mohamed Arnaout di pusat tahanan Qishla serta melarang beliau memasuki Masjid al-Aqsa selama enam bulan.

Menurut Pusat Maklumat Palestin, Mohamed adalah bekas tahanan yang telah dipenjarakan lebih 15 bulan di wilayah Israel.

Beliau ditahan kerana bergiat aktif dalam kempen mendedahkan penjajahan Israel di wilayah Palestin yang diduduki.

Pada masa sama, polis Israel turut melarangnya melakukan perjalanan antarabangsa.

Malah, rejim pengganas turut menghalang isterinya daripada mengunjunginya ketika beliau dalam tahanan.

Negara-negara Arab dan Islam digesa untuk campur tangan terhadap pelanggaran rejim pengganas Israel ke atas Masjid al-Aqsa.

Gesaan itu disuarakan Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein yang juga khatib Masjid al-Aqsa dalam satu kenyataan. 

Sheikh Muhammad berkata, pihak berkuasa Israel sengaja mencabut pintu menara masjid, memotong wayar pembesar suara untuk menghalang laungan azan.

Bahkan, rejim berkenaan turut bertindak merampas makanan berbuka puasa, selain mengancam akan menyerbu masjid itu pada minggu terakhir Ramadan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button