Berita UtamaDunia

Syria adakan pilihan raya presiden pada 26 Mei

Bashar al-Assad dijangka tetap memegang jawatan presiden

DAMSYIK, 7 Ramadan 1442H, Isnin – Syria akan mengadakan pilihan raya presiden pada 26 Mei, kata Parlimen negara itu, semalam.

Pilihan raya itu bagaimanapun dijangka akan mengembalikan Bashar al-Assad sebagai presiden untuk penggal ketiga, lapor Reuters.

Peraturan pilihan raya pula mewajibkan calon tinggal di Syria selama 10 tahun terakhir, ’strategi’ menghalang tokoh-tokoh utama pembangkang yang berada dalam pengasingan daripada memegang jawatan.

Pencalonan akan dibuka selama 10 hari bermula hari ini. Warga Syria di luar negara akan mengundi pada 20 Mei.

Al-Assad berdepan dengan dua pencabar pada pilihan raya 2014 yang dimenanginya dengan keputusan teruk. 

Pencabarnya menyifatkan kemenangan Assad sebagai sandiwara.

Pembangkang dan pemimpin Barat menuntut agar Assad, yang melakukan kejahatan, untuk turun dan memberi jalan bagi pilihan raya demokratik. 

Keluarga Assad dan partinya Baath telah memerintah Syria selama lebih dari lima dekad.

Dia memegang kuasa dengan bantuan pasukan keselamatan dan tentera, di mana minoriti Alawit-nya menguasai dan perbezaan pendapat terhadap pemerintahannya tidak akan ditoleransi.

Tindakan keras dan kejam terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi oleh pasukan Assad pada tahun 2011 menyebabkan perang saudara yang dahsyat. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button