Berita Utama

19 sekolah di Selangor ditutup

Semua kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dikuarantin

SHAH ALAM, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Sebanyak 19 sekolah di Selangor diarahkan tutup bermula ekoran kemunculan kluster pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang dikeluarkan, sekolah yang diarahkan tutup itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jelutong; SMK Bandar Sri Damansara 2; SMK Damansara Jaya; SMK Seksyen 7 dan SMK USJ 23.

Turut diarahkan tutup ialah SMK Puchong; SMK Puchong Utama 1; SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara; SMK Bandar Puncak Jalil; SMK Seksyen 20 dan SMK Puchong Perdana.

Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) pula iaitu SK Puchong Perdana; SK Bandar Baru Sri Damansara 2; SK Bukit Kuchai; SK Bandar Sri Damansara 3; SK Bukit Jelutong dan SK USJ 20.

Selain itu, sekolah diarahkan tutup ialah Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Chai.

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling berkata, penutupan sekolah adalah bertujuan untuk kerja-kerja pembasmian kuman dan aktiviti saringan kontak-kontak rapat.

“Pembukaan sekolah akan dimaklumkan dua hari sebelum dan pihak sekolah perlu memastikan semua kontak rapat kepada kes positif dikuarantin.

Semua kontak rapat perlu hadir untuk menjalani ujian swab atau pemberian surat kuarantin,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button