Berita Utama

Ayahanda Permaisuri Selangor meninggal dunia

Menteri Besar Selangor ucap takziah melalui laman Twitter

SHAH ALAM, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua pada jam 3.40 pagi tadi.

Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office hari ini memaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Rahman kembali ke rahmatullah hari ini (20 April 2021), bersamaan 8 Ramadan 1442 Hijrah.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari melalui ciapan di laman Twitternya mengucapkan takziah kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mukmin yang soleh,” katanya. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button