Berita UtamaDunia

Pameran seniman Israel di Dubai platform galakkan penindasan

Pameran Abyss of Bliss raikan hubungan UAE dan negara haram Israel

BAITULMAQDIS, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Kempen Palestin untuk Boikot Akademik dan Budaya Israel (PACBI) menggesa masyarakat antarabangsa memboikot pameran seniman Israel pertama yang dibuka di galeri Dubai, di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Pameran Abyss of Bliss memaparkan karya tiga seniman Yahudi, Ariela Wertheimer, Keren Shpilsher serta jurugambar berusia 18 tahun, Yinon Gal-On.

Dalam satu siaran akhbar, galeri itu berkata, pameran itu dianjurkan bagi meraikan peristiwa perjanjian normalisasi antara UAE dan negara haram Israel, yang ditandatangani tahun lalu yang turut dikenali sebagai Abraham Accords atau Perjanjian Abraham.

Warga Palestin mengecam perjanjian itu dan menyifatkannya sebagai satu bentuk pengkhianatan dan penghinaan.

Malah, Palestin turut menganggap perjanjian itu akan menghalangnya bebas daripada jajahan Israel.

Sementara itu, PACBI berkata, pameran seni itu digunakan sebagai platform untuk menggalakkan penjajahan dan penindasan.

“Pembukaan pameran seniman Israel pertama di wilayah ini adalah usaha lain untuk mempopularkan normalisasi,” katanya.

“Rejim Israel dan UAE telah menggunakan sektor sukan, seni dan akademik untuk menyamarkan sekutu keselamatan dan ketenteraan mereka yang tidak memberi sebarang manfaat.

“Sebaliknya hanya membawa kepada kehancuran dan penindasan ke atas wilayah di negara-negara itu,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button