Berita UtamaDunia

Presiden Chad terkorban pertahan tanah air

Idriss Deby bertempur dengan kumpulan pemberontak

N’DJAMENA, 8 Ramadan 1442H, Selasa – Presiden Chad, Idriss Deby yang memerintah negara lebih 30 tahun terkorban dalam medan pertempuran dengan kumpulan pemberontak di utara negara ini.

Difahamkan kematian Deby, 68, diumumkan selepas beliau diisytiharkan menang pilihan raya presiden pada 11 April, sekali gus membuka jalan baginya untuk terus berkuasa selama tempoh enam tahun lagi.

Jurucakap tentera, Jeneral Azem Bermandoa Agouna menerusi siaran televisyen negara berkata, Deby terkorban ketika mempertahankan tanah air.

Susulan itu, majlis ketenteraan yang diketuai anak Deby, Mahamat Idriss Deby Itno 37, akan mengambil alih tempat beliau.

Isnin lalu, kempen Deby mengatakan bahawa beliau menyertai pasukan tentera barisan hadapan selepas pemberontak yang berpangkalan di sempadan utara Libya menuju ke ibu kota.

Punca sebenar kematian beliau masih belum jelas bagaimanapun sumber diplomatik Eropah mengatakan bahawa Deby telah dibunuh. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button