Berita UtamaPendapat

SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu, sindir Ridhuan Tee

Berapa ramai pelajar Cina dapat cemerlang dalam BM?

18 PERATUS (ada kata 16 peratus) bukan Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dijadikan hujah utama bermakna sekolah ini sudah menjadi sekolah arus perdana, diterima semua kaum? Kamu belajar daripada mana?

Kolej Universiti New Era (Koleh New Era) di Kajang, hampir seratus peratus Cina, begitu juga dengan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (KUTAR) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), bermakna tidak arus perdana? Kenapa kamu tidak jadikan hujah bahawa institusi pendidikan ini tidak berada dalam arus perdana? Kiasu betul.

Kalau pun tidak ada seorang bukan Cina di SJKC, kamu tetap akan pertahankan SJKC bukan? Kerana itulah wajah ultra kiasu yang sebenar

Inilah sifat ultra kiasu yang selalu saya perkatakan. Mereka akan cari seribu macam alasan bagi menjustifikasikan kewujudan SJKC ini

Kita bercakap pembinaan negara bangsa, dia bercakap soal angka.

Kita bercakap soal perpaduan, dia akan bercakap bahawa perkauman wujud disebabkan oleh orang politik yang memainkan sentimen perkauman.

Dalam kata lain, SJKC tidak ada sedikit pun cacat celanya. SJKC memang sesuai dan menjadi pilihan ramai.

Kerajaan cuba campur tangan untuk memperbaiki SJKC, seperti menambahkan masa subjek Bahasa Melayu, agar murid boleh menguasai BM dan mudah untuk bergaul, tetapi ditentang hebat ultra kiasu.

Malah, dikenakan syarat lagi kepada kerajaan, supaya ikut kehendak mereka, seperti guru BM, BI dalam kalangan bukan Cina di SJKC mesti mendapat kredit dalam bahasa Cina ketika SPM. Subjek Sejarah di SJKC, asalnya dalam BM, tetapi ditentang hebat ultra kiasu, akhirnya subjek sejarah diajarkan dalam bahasa Cina.

Bayangkan subjek Sejarah diajarkan dalam bahasa Cina. Bagaimana agaknya bila guru Cina mengajar subjek itu dan menceritakan Sejarah komunis negara ini.

Ultra kiasu ini juga yang mengiktiraf Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dengan membina tugu peringatan,yang dipuja-puja dan disembah di Taman Peringatan Nilai.

Cuba jawab soalan saya ini.

Berapa ramai pelajar Cina yang mendapat cemerlang dalam BM?

Berapa ramai pula yang gagal BM?

Berapa ramai yang boleh berkomunikasi dengan baik dalam BM?

Berapa ramai pula yang tidak boleh langsung bertutur dalam BM?

Cuba adakan pertandingan pengucapan awam (public speaking) seperti syarahan, debat, forum dan sebagainya antara Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC. Berapa ramai yang boleh berucap dengan baik atau setakat ‘bulung-bulung telebang di angkaser,’

Cuba ambil pelajar Cina SJKC dan pelajar Cina di SK, biarkan mereka berinteraksi dengan orang Melayu, kita tengok siapa lebih mesra dan mudah masuk dalam persekitaran tersebut.

Tahu atau tidak kenapa SJKC ramai Melayu, sebab sebahagian daripadanya ber’bin’kan atau ber’binti’kan Abdullah, anak luar nikah. Mereka malu hantar ke SK. Jadi SJKC jadi pilihan. Cuba buat kajian tengok

Satu lagi setelah diingatkan, kenapa 5 Sekolah Wawasan yang dibina zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menempatkan semua aliran SK dan SJKC (T) di bawah satu bumbung gagal? Jawapannya, kerana kamu tentang sebab bila bercampur dengan Melayu akan hilang kecinaannya. Kamu mahu persekitaran cina sepenuhnya

Timbul persoalan SJKC baharu yang akan dibina di bandar Kinrara, kawasan majoriti Melayu. Sekolah Kebangsaan pun tak cukup, tiba-tiba SJKC mahu didirikan di sana. Penduduk sekitar bantah, timbalan menteri ultra kiasu mempertahankannya.

Cuba dengar baik-baik timbalan menteri ultra kiasu ini berbahasa Melayu. Boleh diterima atau tidak? Layak atau tidak, dia dilantik menjawat jawatan tersebut?

Facebook dia sendiri mengutamakan bahasa Cina. Parti dia sendiri mengutamakan bahasa Cina. Dalam AGM dan apa juga maklumat parti, semuanya bahasa Cina diutamakan. Bahasa Melayu entah ke mana. Adakah semua ini diterima arus perdana?

Sebab itu saya katakan parti ini lebih bahaya daripada DAP itu sendiri.

Justeru, jika parti ultra kiasu ini bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), pastikan ia tersungkur. Jangan benarkan ultra kiasu ini berada dalam Kabinet.

Satu lagi, cuba tengok Cina bertemu Cina, pernahkah mereka menggunakan BM? Tidak bukan? Kalau ada tanda kiamat? Kerana apa? Kerana SJKC diterima arus perdana? Hebat kamu ultra kiasu.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button