Berita UtamaDunia

Bekas pegawai polis didapati bersalah bunuh George Floyd

Orang ramai berkumpul di Minneapolis bersorak ketika keputusan dibaca

WASHINGTON, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Juri Amerika Syarikat (AS) mendapati bekas pegawai polis Minneapolis, Derek Chauvin bersalah atas pembunuhan George Floyd pada Mei 2020.

Keputusan dibacakan di Mahkamah Hennepin County pada hari Selasa oleh Hakim Peter Cahill selepas 12 juri membuat keputusan yang mengambil masa 10 jam.

Chauvin didapati bersalah atas ketiga-tiga tuduhan jenayah yang dihadapinya.

Dia menghadapi hukuman penjara hingga 40 tahun untuk pembunuhan tahap kedua, penjara hingga 25 tahun untuk pembunuhan tahap ketiga dan penjara hingga 10 tahun untuk tuduhan menyebabkan kematian.

Chauvin adalah pegawai polis kulit putih pertama yang disabitkan kesalahan kerana membunuh lelaki kulit hitam dalam sejarah Minnesota.

Orang ramai yang berkumpul di Minneapolis bersorak ketika keputusan dibaca, lapor Al Jazeera.

Sementara itu, Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) Minnesota turut memberi reaksi terhadap keputusan perbicaraan itu.

“Walaupun keputusan hari ini menggembirakan, itu tidak mengurangkan tekanan untuk kita terus memerangi keganasan polis di kalangan masyarakat kita,” kata, pengarah eksekutif CAIR Minnesota, Jaylani Hussein.

“George Floyd mendapat keadilan hari ini di ruang sidang itu, sekarang kita harus terus menegakkan keadilan untuk semua orang, di mana saja, di badan perundangan, di mana kita berjuang untuk meluluskan rang undang-undang untuk meningkatkan pengawasan polis dan mengakhiri kekebalan yang pihak berkuasa, di kalangan masyarakat kita sendiri,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button