Berita Utama

‘Jangan bersikap defensif, serang balik pihak lawan’

Anwar tegaskan PH dan BN tak boleh mengalah

GURUN, 27 Zulhijjah 1444H, Ahad – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk tidak bersikap defensif terhadap serangan yang dibuat pihak lawan dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Beliau berkata, Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak boleh mengalah sebaliknya perlu melawan dan menyerang mereka kembali habis-habisan.

“Dulu propaganda dia (Perikatan Nasional) ‘bersih’ dan kita pula tak jawab banyak, rupa-rupanya tertanam di sebahagian anak-anak muda kita, memang betul ‘bersih’.

“Saya Menteri Kewangan, tengok fail-fail, saya dulu Ketua Pembangkang, memang serang kuat, tapi tak terjangkau apa yang mereka lakukan, dengan perjudian haram, orang kata biasa, masa PN naik kepada 22 dengan PAS dan Bersatu di situ.

“Masa kita, saya dengan Datuk Zahid (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) di antara langkah pertama kita turunkan kembali kepada lapan…ini bukan perkara kecil,” katanya semasa berucap pada program Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah di Padang Awam Guar Chempedak, dekat sini malam tadi. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button