Berita Utama

Kapal selam milik TNI hilang di perairan Bali

Hilang 4.30 pagi tadi ketika jalani latihan torpedo

JAKARTA, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Sebuah kapal selam milik Angkatan Laut Tentera Indonesia (TNI) dilaporkan terputus hubungan ketika menjalani latihan di perairan Bali Utara.

Menurut media tempatan, TNI sedang mengesan kapal selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman tahun 1978 itu, yang membawa 53 kru kapal.

Kapal selam itu dilaporkan terputus hubungan jam 4.30 pagi tadi di sekitar 96 kilometer di perairan Bali, ketika sedang menjalani latihan torpedo.

Jurucakap TNI ketika dihubungi Bernama berkata, Panglima Tentera TNI Hadi Tjahjanto dijadual mengadakan sidang akhbar di Bali, jam 8.30 pagi esok. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button