Berita UtamaIstimewa

Pembinaan SJKC Too Joon Hing ‘pencerobohan’ struktur sosial Melayu

SJKC tak mungkin jadi sekolah semua bangsa seperti mana didakwa

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing di bandar Kinrara – kawasan dipercayai majoriti Melayu – dianggap langkah yang salah dan bertentangan dengan struktur sosial yang sedia wujud di negara ini.

Bukan itu sahaja, tindakan sedemikian juga dikatakan tidak bertanggungjawab kerana mahu mengalih beban yang perlu ditanggung satu kelompok di tempat lain kepada kelompok yang mendiami kawasan lain.

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menegaskan, apa jua alasannya, pembinaan sekolah tersebut di penempatan etnik lain langsung tidak mengambil kira fenomena sosial dan politik negara ini, khususnya di Semenanjung.

Bidasnya, alasan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan membina sekolah itu bukan sahaja menonjolkan sikap buruk malah amat tidak bertanggungjawab.

“Bagaimanakah alasan sebebal ini boleh diajukan oleh seorang pemimpin? Ke manakah perginya integriti sebagai ciri baik pada pemimpin itu?

“Walaupun kini sekitar 20 peratus anak bukan Cina, kebanyakannya Melayu belajar di belajar SJKC, ini tidak bermakna sekolah jenis ini boleh dibina di sebarang kawasan, lebih-lebih lagi yang tiada banyak kaitan dengan corak kependudukan setempat.

“Ini berupa pencerobohan!,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Bidasnya lagi, alasan bahawa enrolmen murid bukan Cina yang agak tinggi kini, telah menjadikan SJKC sekolah rakyat bukan sahaja meleset malah salah sama sekali.

Ini kerana jelasnya, SJKC tidak pernah mudah menerima apa-apa yang bukan Cina – walaupun tulisan Jawi yang sifatnya pengenalan sahaja – atas alasan ianya akan mencairkan identiti SJKC.

Dengan alasan cauvinis lagi rasis itu, Prof Kok Seong menegaskan, SJKC adalah sekolah etnik Cina dan bukan sekolah untuk semua bangsa atau sekolah rakyat seperti yang didakwa.

“Sebenarnya semua alasan yang diberikan tidak memperlihatkan kebijaksanaan langsung. Sehubungan itu, dikatakan bahawa keputusan kerajaan sebelum ini tidak boleh diubah tidak dapat dijadikan alasan langsung sebab beberapa keputusan Pakatan Harapan telah diubah oleh pentadbiran sekarang.

“Antaranya ialah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijajarkan semula sehingga tidak mengikuti pelan asal lagi,” katanya.

PAUTAN BERKAITAN

Timbalan Menteri Pendidikan II pertahan pembinaan SJKC baru di Kinrara

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button