Berita Utama

RON97 naik 4 sen

Harga RON95, diesel masih kekal

BANGI, 9 Ramadan 1442H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 diumumkan naik sebanyak 4 sen kepada RM2.58 seliter.

Sementara, bagi produk RON95 dan diesel masing-masing masih kekal pada paras RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter, menurut Kementerian Kewangan.

Harga baharu itu berkuat kuasa bagi tempoh 22 April sehingga 28 April, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter. 

“Walhal, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan juga akaan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button