Berita UtamaDunia

Arab Saudi sambung semula penerbangan antarabangsa Mei depan

20 negara terjejas teruk termasuk Amerika Syarikat dikecualikan

JEDDAH, 10 Ramadan 1442H, Khamis – Arab Saudi memutuskan untuk menyambung semula penerbangan antarabangsa pada 17 Mei depan.

Bagaimanapun keputusan itu tidak terpakai kepada 20 negara yang berada di bawah keadaan pandemik COVID-19 semakin buruk.

Tindakan itu sebagai sebahagian daripada langkah pencegahan bagi membendung penularan wabak COVID-19, kata syarikat penerbangan Saudi.

Negara yang dilarang daripada memasuki Arab Saudi adalah Argentina, Emiriah Arab Bersatu, German, Amerika Syarikat, Indonesia dan Itali.

Ia juga termasuk Ireland, Pakistan, Brazil, Portugal, United Kingdom, Turki, Afrika Selatan, Sweden, Switzerland, Perancis, Lubnan, Mesir, India dan Jepun.

Makluman terbaru itu dikongsi oleh sumber Saudi dalam satu kenyataan di Twitter.

“Selamat datang kepada tetamu kami. Penangguhan semua penerbangan antarabangsa akan ditarik semula bermula pada jam 1 pagi, 17 Mei.

“Bagaimanapun, ia tidak terpakai kepada negara yang sudah dilarang pihak berkuasa sejak pandemik COVID-19 melanda,” katanya.

Rabu lalu, pihak berkuasa Arab Saudi melaporkan 12 kematian baru berkaitan COVID-19 menjadikan angka kematian berjumlah 6,858 orang.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button