Berita UtamaDunia

Peguam Israel dakwa enam tahanan Palestin lolos Penjara Gilboa

Mereka boleh dikenakan hukuman hingga 7 tahun penjara

TEL AVIV, 27 Safar 1443H, Isnin – Peguam awam negara haram Israel pada Ahad mengemukakan dakwaan terhadap enam tahanan Palestin, yang telah lolos dari penjara bulan lalu sebelum ditahan semula, lapor Badan Anadolu.

Dakwaan yang diajukan oleh peguam mahkamah pusat Nazaret terhadap enam tahanan itu termasuk melarikan diri dari kurungan mereka, satu tuduhan yang boleh dikenakan hukuman hingga 7 tahun penjara, lapor saluran KAN Israel.

Dakwaan tersebut, bagaimanapun, tidak termasuk tuduhan yang berkaitan dengan keganasan terhadap tahanan tersebut.

Manakala lima individu yang lain juga dikatakan membantu enam tahanan tersebut dalam penjara.

Pada hari Khamis, keenam tahanan itu diserahkan kepada pihak berkuasa penjara Israel setelah siasatan oleh pihak keselamatan dalaman Israel, Shin Bet berakhir.

Mereka ditahan di penjara yang berbeza, menurut harian Israel Yedioth Ahronoth.

Pada 6 September, enam orang Palestin – Munadil Nufey’at, Iham Kamamji, Yaqoub Qadiri, Zakaria Zubeidi dan dua bersaudara Mahmoud dan Mohammed al-Arida – berjaya melarikan diri dari penjara Gilboa dengan keselamatan tinggi dengan menggali terowong dari sel mereka ke luar penjara .

Namun, pasukan Israel berjaya menahan mereka semula setelah hampir seminggu penjara mereka bebas.

Terdapat sekitar 4,850 tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk 40 wanita, 225 kanak-kanak, dan 40 tahanan pentadbiran, menurut institusi yang berkaitan dengan urusan tahanan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button