Berita UtamaPendapat

Mengapa sesebuah negara bangsa gagal?

Negara bangsa dengan politik, ekonomi memeras tak bertahan lama

1) IA bukan disebabkan faktor geografi, cuaca atau budaya. Bukan juga disebabkan sikap tidak ambil tahu dan kesediaan menerima teknologi baharu

2) Salah satu contoh mudah untuk menafikan peranan geografi, cuaca dan budaya ialah dengan melihat kemajuan pantas yang berjaya dicapai negara Botswana, sedangkan negara-negara Afrika lain di sekitarnya masih terus miskin dan tertindas.

3) Sebaliknya, kejayaan sesebuah negara bergantung sepenuhnya kepada institusi politik yang berperanan penting membentuk dan membangunkan institusi ekonomi.

4) Faktor ini dapat dibuktikan dengan membandingkan kemajuan yang berjaya dicapai oleh Korea Selatan yang melaksanakan demokrasi serta dasar ekonomi terbuka, selain Korea Utara yang dipimpin secara kuku besi dan mengamalkan dasar langit tertutup

5) Sistem politik yang inklusif mencipta insentif yang seimbang untuk semua lapisan rakyat bersaing secara sihat, memberikan ganjaran untuk inovasi baru dan menggalakkan penyertaan massa dalam pasaran ekomoni yang terbuka

6) Hasilnya, sektor ekonomi turut berkembang pesat dengan peranan kerajaan memerintah yang telus dan efektif.

7) Sistem politik yang memeras (extractive) pula hanya dikuasai oleh beberapa kerat elitis yang hanya fokus untuk mengkayakan kelompok mereka dengan cara menindas rakyat jelata.

8) Hasilnya, bidang ekonomi di negara-negara ini akan turut berteraskan ekonomi memeras (extractive) yang dikuasai golongan kapitalis yang kejam

9) Walaupun sejarah menunjukkan negara bangsa dengan institusi politik dan ekonomi yang memeras tetap boleh mencatatkan kemajuan, tapi ia biasanya tidak bertahan lama dan akhirnya tumbang sama ada oleh gelombang kebangkitan rakyat atau perang saudara yang berlaku.

10) Fakta-fakta di atas dikuatkan dengan kajian dan analisas sejarah terhadap empayar Rom, Mayan, Venice, Soviet Union, Amerika Latin, England, Eropah, Amerika Syarikat dan Afrika

*dirumus dari buku Why Nations Fail

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button