Berita UtamaDunia

Pengganas Israel tangkap 26 wartawan Palestin

Alaa Al-Rimawi ditahan semula selepas dipenjara 10 tahun

GAZA, 10 Ramadan 1442H, Khamis – Seramai 26 wartawan Palestin kini ditahan oleh negara haram Israel kerana menyiarkan berita di media sosial.

Pejabat media Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyifatkan perkara itu sebagai serangan paling keji dilakukan oleh Israel ke atas wartawan dan pengamal media Palestin.

Jurucakap Hamas berkata, para wartawan bukan sahaja diganggu, malah mereka turut diseksa dan didenda.

Katanya, penjara Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesihatan dan keselamatan  semua tahanan, termasuk para wartawan.

Hamas turut menggesa pihak yang berkepentingan dengan kebebasan media dan hak asasi manusia untuk menunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin serta mengambil langkah praktikal untuk membebaskan wartawan terbabit.

Semalam, rejim pengganas Israel menahan semula seorang wartawan Al Jazeera Mubasher, Alaa Al- Rimawi di kota Ramallah dekat Tebing Barat setelah menyerbu kediamannya.

Isterinya berkata, Alaa telah melancarkan serangan mogok lapar sejak penangkapannya selain meminta organisasi hak asasi manusia untuk campur tangan dan membebaskannya.

Sebelum ini, Alaa adalah seorang penyelidik politik dan berada lebih sepuluh tahun di penjara Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button