Dunia

Syria terima 54,000 dos pertama vaksin AstraZeneca

Khusus untuk petugas kesihatan, warga emas, individu berpenyakit kronik

DAMSYIK, 10 Ramadan 1442H, Khamis – Syria menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 melalui platform perkongsian COVAX dengan pemberian suntikan bermula 1 Mei nanti. 

Sebanyak 54,000 dos vaksin AstraZeneca tiba di Idlib, Syria – kumpulan pertama untuk wilayah yang dikuasai pembangkang melalui persimpangan Bab al Hawa dengan Turki. 

Dua lagi kumpulan dijangka tiba sehingga penghujung tahun merangkumi 850,000 penduduk di barat laut Syria, kata ketua penyelaras COVID-19 di Idlib, Hossam Kora. 

Katanya, keutamaan akan diberikan kepada kakitangan perubatan dan kemanusiaan, warga emas berumur 60 tahun ke atas dan individu berpenyakit kronik. 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memaklumkan pemberian pertama vaksin COVAX di Syria akan bermula pada awal Mei, membabitkan hampir 20 peratus penduduk atau lima juta orang di kedua-dua wilayah dikuasai pemerintah. 

Syria dilanda wabak COVID-19 pada tahun lalu, dengan dua kes lonjakan pada Ogos dan Disember, termasuk peningkatan jangkiyan bulan lalu.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button