Berita UtamaDunia

Bantuan kemanusiaan dihantar ke Syria

Ratusan ribu terbunuh, 10 juta hilang tempat tinggal angkara perang

HATAY, 11 Ramadan 1442H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar 84 muatan bantuan kemanusiaan ke wilayah Idlib di barat laut Syria, semalam.

Trak-trak bantuan melintasi Idlib melalui pintu sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, dekat selatan Turki.

Bantuan terbabit akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Idlib dan kawasan sekitarnya.

Tindakan keras dan kejam terhadap penunjuk perasaan pro-demokrasi oleh rejim Bashir al-Assad pada tahun 2011 menyebabkan perang saudara yang dahsyat.

Ratusan ribu orang telah terbunuh manakala lebih daripada 10 juta lagi kehilangan tempat tinggal, menurut anggaran PBB.

Pengganas di zon de-eskalasi Idlib menghalang akses orang awam kepada bantuan kemanusiaan dan menghalang perjalanan mereka keluar dari wilayah itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button