Berita UtamaPendapat

Kaki palsu untuk nenek Siew Thuan

Bersyukur guna anggota tubuh untuk beribadat kepada Allah

SEBAK hati bila pasang kaki palsu pada kedua-dua kaki kudung nenek ini yang berumur 73 tahun. Nenek Siew Thuan cakap masih rasa sakit di bahagian kaki yang dipotong.

Saya baca bismilah dan pasang perlahan-lahan kaki palsu ke kakinya. Nenek Siew Thuan nampak gembira bila kaki palsu disarung. Kaki kirinya telah dipotong sampai ke bahagian peha, manakala kaki kanan dipotong di buku lali.

Laporan dari Jabatan Kerja Sosial Hospital, kedua kaki telah dipotong kesan daripada penyakit Diabetes Mellitus type 2 dan Hypentension. Kaki kanan di Hospital Kuala Lumpur 2 tahun lalu, manakala kaki kiri di Hospital Banting bulan Jun tahun 2020.

Nenek Siew Thuan dijaga oleh anak bongsunya, Neoh berumur 46 tahun. Saya beritahu Neoh, bagus beliau jaga ibu. Moga beliau dipermudahkan urusan atas amal ini.



Alhamdulilah, hasil sumbangan tuan puan dalam projek Bantu Pesakit Sihat, kita gunakan sebahagian daripadanya untuk beri kaki palsu pada nenek Siew Thuan. Moga Allah kurniakan pahala kepada semua penyumbang.

Berjalan keluar dari rumah nenek ini di Banting, saya pandang kaki sendiri. Saya masih ada kaki, boleh berjalan dengan bebas, ke sana sini dengan dua kaki yang kuat, berpijak di bumi dengan gahnya.

Tapi nenek ini, Allah tarik nikmat anggota kaki, dan akhirnya dia terlantar seharian di atas kerusi. Di sinilah dia tidur, makan dan lain-lain.

Bersyukurlah dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Bersyukur dengan menggunakan anggota tubuh untuk beribadat kepada Allah, berbuat amal soleh sebanyak-banyaknya dan laksanakan hal-hal yang diredhai Allah.

Sebab kita tak tahu bila anggota badan kita ini akan ditarik. Yang pasti pada hari pembalasan nanti, semua anggota tubuh kita akan menjadi saksi atas segala perbuatan kita sewaktu di dunia.

Terus hulurkan sumbangan ke Yayasan Ikhlas bagi projek Bantu Pesakit Sihat
Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Atau klik billplz.com/bantupesakitsihat

Setiap sumbangan layak mendapat resit pengecualian cukai

Syafiq Syahmi Sazali
Pegawai Operasi Yayasan Ikhlas

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button