Dunia

Sistem kesihatan lumpuh, hospital di India kurang bekalan oksigen

314,835 kes jangkitan harian, 2,104 kematian dalam 24 jam

NEW DELHI, 11 Ramadan 1442H, Jumaat – Hospital di India berdepan kekurangan bekalan oksigen untuk pesakit, di tengah-tengah peningkatan rekod kes jangkitan COVID-19. 

Sebanyak 314,835 jangkitan harian dicatatkan di negara itu pada Khamis – jumlah harian tertinggi di dunia sejak bermulanya pandemik. 

Sementara itu, kes kematian dalam tempoh 24 jam terakhir juga meningkat sebanyak 2,104 orang.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara itu kepada 15.93 juta, angka kedua tertinggi di dunia dengan kematian mencecah 184,657, menurut Kementerian Kesihatan. 

Ketika kepadatan orang ramai di hospital di bandar-bandar besar, Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan pertemuan dengan peringkat tertinggi untuk meninjau keadaan bekalan oksigen di seluruh negara. 

“Permintaan sekarang dari 20 negeri sebanyak 6,785 MT sehari, kerajaan India mulai 21 April memperuntukkan 6,822 MT sehari ke negeri-negeri ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan pejabat perdana menteri setelah pertemuan itu. 

Sistem kesihatan di negara itu semakin lumpuh, dengan kebanyakan doktor mula menyatakan keletihan mereka.

“Kita mempunyai 233 pesakit COVID-19 yang bergantung hidup hanya menggunakan oksigen. 

“Kami hanya tinggal 1-1,5 jam oksigen, dan kami juga sudah tidak berdaya,” kata ketua pegawai operasi Aakash Healthcare, Dr Kousar Shah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button