Berita UtamaDunia

Arab Saudi bakal larang import sayur, buah dari Lubnan

Riyadh mahu Lubnan ambil langkah praktikal selesai masalah penyeludupan dadah

RIYADH, 12 Ramadan 1442H, Sabtu – Arab Saudi bakal melarang import buah-buahan dan sayur-sayuran dari Lubnan ekoran peningkatan penyeludupan dadah, lapor Reuters.

Langkah itu bagaimanapun akan meningkatkan tekanan ekonomi di Lubnan, yang sudah berada di ambang keruntuhan kewangan kerana kekurangan mata wang asing.

Agensi berita negara, SPA memetik pihak berkuasa Arab Saudi bahawa Lubnan gagal mengambil langkah praktikal untuk menghentikan penyeludupan.  

Larangan itu akan berkuat kuasa dari jam 9 pagi waktu tempatan pada hari Ahad dan berlanjutan sehingga pihak berkuasa Lubnan memberikan jaminan yang ‘cukup dan boleh dipercayai’ bahawa mereka akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk menghentikan penyeludupan dadah secara sistematik di Arab Saudi.

Setakat ini, belum ada sebarang respon daripada kerajaan Lubnan atau menteri pertanian.  

Seorang pegawai Lubnan, dengan syarat tidak disebutkan namanya, mengatakan larangan itu kelihatan bersifat politik.

“Eksport sayur-sayuran dan buah-buahan Lubnan ke negara-negara Teluk dan terutama Arab Saudi adalah salah satu pintu yang masih terbuka untuk membawa dolar ke negara itu. Menutup jalur import ini meningkatkan tekanan kepada Lubnan,” katanya.

Jumlah import Lubnan ke Arab Saudi bernilai 273.1 juta riyal ($72.82 juta) pada suku keempat 2020, menurut data rasmi Saudi.

Lubnan sedang berada di tengah-tengah krisis kewangan mendalam yang menimbulkan ancaman terbesar terhadap kestabilannya sejak perang saudara 1975-1990.  

Mata wangnya telah kehilangan sekitar 90 peratus daripada nilainya.

Krisis ini diperburuk oleh masalah politik, dengan ahli politik tidak dapat membentuk kerajaan untuk membuka bantuan asing yang sangat diperlukan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button