Berita UtamaDunia

Pembangkang Turkiye umum calon presiden lawan Erdogan 6 Mac

Perikatan Negara sepakat, kenal pasti individu layak

ANKARA, 10 Syaaban 1444H, Jumaat – Gabungan enam parti pembangkang Turkiye dikenali ‘Table of Six’ atau Perikatan Negara bersepakat dan sudah mengenal pasti individu layak untk bertanding menentang Recep Tayyip Erdogan dalam Pilihan Raya Presiden dan Parlimen tidak lama lagi.

Gabungan pembangkang itu telah mengadakan pertemuan di ibu pejabat Parti Felicity di bandar Ankara, bagi pusingan ke-12 sebelum memutuskan calon presiden berkenaan.

Dalam satu kenyataan bersama selepas pertemuan itu, gabungan terbabit memutuskan untuk mengumumkan calon mereka secara rasmi pada 6 Mac ini.

Ahad lalu, pemimpin parti Felicity, Telem Karamollaoglu berkata, mereka akan berbincang dengan tiga calon terdiri daripada parti CHP- iaitu Datuk Bandar Ankara, Mansur Yavas, Datuk Bandar Istanbul, Ekrem Imamoglu dan Pengerusi Parti CHP, Kemal Kilicdaroglu.

Selepas bersidang di Parlimen, parti CHP mengadakan perbincangan dan bersetuju menyerahkan kuasa kepada Kemal untuk menentukan calon sesuai.

Pilihan Raya Presiden dan Parlimen sepatutnya dijadualkan 18 Jun depan, namun Erdogan mahu mempercepatkan pada 14 Mei bagi mengelak musim cuti pada Jun.

Pilihan raya yang akan diadakan ini dijangka paling sengit kepada presiden negara itu selepas dua dekad pemerintahannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button