Berita Utama

Penyumbang zakat adalah ‘adiwira’ tidak didendang

Mereka jadi tulang belakang dalam melaksanakan segala amanah

KANGAR, 12 Ramadan 1442H, Sabtu – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai ‘adiwira’ tidak didendang.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perlis dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu bertitah penyumbang zakat menjadi tulang belakang dan kekuatan majlis dalam melaksanakan segala amanah kutipan serta agihan zakat.

“Keadaan hari ini semakin mencabar apabila COVID-19 melanda dunia, memberi kesan kepada ekonomi dan sosial rakyat dan ramai yang memerlukan bantuan,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan MAIPs hari ini.

Menurut kenyataan itu, Tuanku Syed Faizuddin berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Penyumbang Zakat Pendapatan MAIPs 2020 di Masjid Al-Maghfirah, Pauh, Sanglang di sini petang semalam.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button