Berita Utama

53 anak kapal selam KRI Nanggala 402 terkorban: Panglima TNI

Visual terakam keadaan kapal 'terbelah jadi tiga bahagian'

JAKARTA, 13 Ramadan 1442H, Ahad – Panglima Tentera Indonesia (TNI) Hadi Tjahjanto hari ini mengumumkan semua kru kapal selam KRI Nanggala-402 telah terkorban.

“Seramai 53 personnel yang onboard KRI Nanggala-402 telah gugur, berdasarkan bukti-bukti ‘authentic’ itu, dapat dinyatakan bahwa KRI Nanggala 402 telah tenggelam,” katanya dalam sidang akhbar yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen tempatan.

Menurutnya, berdasarkan visual dari ‘Remotely Operated Underwater Vehicle’ yang digunakan dalam pencarian kapal itu, telah terakam keadaan kapal berkenaan yang telah ‘terbelah menjadi tiga bahagian’ di kedalaman 838 meter di dasar laut di perairan Bali.

KRI Nanggala 402 dilaporkan terputus hubungan pada jam 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo, yang turut disertai 21 kapal TNI yang lain bersama lima pesawat tempur serta satu lagi kapal selam yang lain. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button