Berita Utama

Kes lebih 2,000, apa boleh buat? Kita tak mampu kawal polisi kerajaan

Kini bazar Aidilfitri pula boleh beroperasi sehingga jam 2 pagi

BANGI, 14 Ramadan 1442H, Isnin – Jangkitan wabak COVID-19 terus mencatatkan jumlah melebihi 2,000 kes setiap hari selama 12 hari berturut-turut.

Ini merupakan kesan interaksi dan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) sebelum bulan puasa – dua minggu lepas.

Setakat ini, belum ada kes membabitkan kluster bazar Ramadan di seluruh negara.

Bagaimanapun, Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim tidak menolak kemungkinan kes akan meningkat memandangkan semua maklum tahap kepatuhan SOP di kawasan bazar Ramadan masing-masing.

“Walaupun begitu, kerajaan terus membenarkan bazar Aidilfitri beroperasi sehingga jam 2 pagi.

“Teruskan berdoa. Kita mungkin tak mampu mengawal polisi kerajaan, tapi kita mampu buat yang terbaik mengikut kapasiti peribadi dan menjaga keluarga masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan bersetuju melanjutkan lagi waktu operasi perniagaan semua bazar Aidilfitri di seluruh negara selama dua jam sehingga jam 2 pagi pada setiap hari mulai 24 April lalu

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tambahan masa itu susulan rayuan pihak peniaga bazar terbabit kerana waktu sedia ada dianggap agak pendek.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button