Berita UtamaDunia

Sekatan masuk Kota Lama Baitulmaqdis dihapuskan

Polis negara haram Israel serang orang ramai rampas bendera

BAITULMAQDIS, 14 Ramadan 1442H, Isnin – Warga Palestin berkumpul di luar Gerbang Damsyik, setelah sekatan yang dibuat polis negara haram Israel dihapuskan.

Ribuan rakyat memenuhi plaza Baitulmaqdis Timur semalam sambil mengibar bendera Palestin selepas polis membenarkan mereka memasuki pintu masuk ke Kota Lama Baitulmaqdis.

Bagaimanapun, pertempuran baharu tercetus apabila polis Israel menyerang orang ramai untuk merampas bendera.

Tatkala orang ramai meraikan khabar gembira itu, Ahli Parlimen dari minoriti Arab Israel, mengkritik keputusan untuk meletakkan sekatan itu sebelum ini.

“Keputusan untuk membuka semula (sekatan) adalah tepat.

“Ia adalah keputusan yang betul dan mereka harus berhenti menyerang warga Palestin,” katanya kepada Reuters.

Pertempuran berlaku sejak awal bulan Ramadan iaitu pada 13 April dan menimbulkan ketegangan di bandar suci.

Terdapat konfrontasi di antara pemuda melempar batu dan polis dengan alat rusuhan untuk menyuraikan orang ramai berhimpun, menggunakan kuda dan kenderaan yang menyembur air busuk.

Ketegangan turut berlaku di Tebing Barat yang diduduki, menyaksikan protes dalam solidariti dengan penduduk Baitulmaqdis Timur bahkan puluhan roket ditembak oleh kumpulan pejuang Palestin dari Gaza ke Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button