Dunia

Angka korban meningkat ke 128 akibat hujan lebat di Brazil

Lebih 9,300 dipindahkan dan 34 bandar diisytiharkan darurat

RIO DE JANEIRO, 4 Zulkaedah 1443H, Sabtu – Angka kematian akibat hujan lebat di Recife, ibu negeri Pernambuco, Brazil, dan kawasan metropolitannya meningkat kepada 128, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.

Sementara itu, lebih 9,300 orang telah dipindahkan dan 34 bandaraya telah mengisytiharkan darurat, lapor Xinhua memetik kenyataan Gabenor Pernambuco Paulo Camara pada sidang media.

Camara menambah bahawa usaha menyelamat telah dihentikan setakat ini.

Hujan lebat melanda Pernambuco sejak minggu lalu, dan telah mengorbankan lebih 100 orang, kebanyakan maut akibat kejadian tanah runtuh.

Kerajaan negeri akan memberi pampasan kepada keluarga si mati, manakala mereka yang hilang tempat tinggal dan musnah harta benda akan menerima 1,500 real (kira-kira US$312).

Hujan turut menjejaskan negeri Sergipe, Alagoas, Paraiba dan Rio Grande do Norte di Brazil. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button