Berita Utama

ISMA ajak orang ramai jayakan kempen Quran Sana Sini

Galakan sempena Nuzul al-Quran bakal disambut esok

BANGI, 16 Ramadan 1442H, Rabu – Gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengajak orang ramai menjayakan kempen Quran Sana Sini.

Dalam satu kenyataan hari ini, ISMA berkata, kempen itu diadakan bersempena dengan sambutan hari Nuzul al-Quran pada Khamis.

ISMA berkata, kempen itu menggalakkan orang ramai melazimi budaya membaca al-Quran di mana-mana sahaja.

“Bacalah al-Quran di mana sahaja anda berada di rumah, di dalam kereta, di Jakel, di jalan TAR, bazar Ramadan, masjid mahupun di tempat kerja.

“Dan kongsikan gambar anda di media sosial dengan #QuranSanaSini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button