Berita Utama

PDRM semak semula siasatan pembebasan Addy Kana, 2 anggota polis

Mahkamah Persekutuan semalam memerintahkan mereka dibebaskan serta-merta

KUALA LUMPUR, 16 Ramadan 1442H, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyemak semula siasatan kes Zaidi Kanapiah atau Addy Kana dan dua anggota polis yang dibebaskan serta-merta daripada tahanan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), berkaitan sindiket judi dalam talian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata perkara berkenaan akan diserahkan kepada timbalannya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani untuk berbincang dengan pegawai-pegawai polis yang terlibat mengendalikan kes itu.

“Datuk Seri Acryl Sani akan panggil dan berbincang dengan mereka (pegawai polis terlibat kendali kes Addy Kana) untuk melihat kelemahan siasatan kes berkenaan.

“Ia adalah untuk mengelakkan daripada berulang kembali (gugur kes POCA) dan saya tidak mahu PDRM dilihat seolah-olah bersikap semberono sahaja menggunakan peruntukan undang-undang mengenakan POCA ikut sesuka hati tanpa kualiti yang mungkin menyebabkan seseorang itu teraniaya,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian Surat Penghargaan Tolak Rasuah PDRM di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan ketiga-tiga lelaki itu dibebaskan selepas membenarkan rayuan mereka terhadap permohonan writ habeas corpus supaya dibebaskan dengan serta-merta. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button