Berita Utama

Segera robohkan tugu haram komunis MPAJA di Nilai

Sampai bila nak biarkan ultra kiasu di negara ini agungkan komunis?

BANGI, 16 Ramadan 1442H, Rabu – Pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menuntut tugu komunis Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dibina secara haram di Taman Peringatan Nilai segera dirobohkan.

Beliau mendesak tindakan itu setelah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) merobohkan monumen Mao Tze Tung yang turut dibina secara haram di Taman Peringatan Nirwana, Semenyih.

Menyambut baik tindakan MPKj itu, Prof Mohd Ridhuan Tee mempersoalkan, bilakah Majlis Perbandaran Nilai juga mahu mengambil langkah sama, memandangkan tugu berkenaan dibina secara haram pada 1996.

“Sampai bila kita harus biarkan rakyat negara ini, terutamanya ultra kiasu terus mengagung-agungkan komunis? Kepada ultra kiasu komunis itu adalah pejuang seperti mana mereka mendewakan Mao Tze Tung.

“Mana lebih bahaya daripada patung Mao Tze Tung atau patung komunis MPAJA? Sudah tentu MPAJA lebih bahaya,” katanya.

Justeru, beliau berkata, sudah sampai masanya semua pihak mengambil serius mengenai perkara ini kerana pemikiran komunis MPAJA sedang menguasai generasi dahulu dan diturunkan sehingga kini.

“Sebab itu, kita lihat perangai dan tingkah laku komunis terus-menerus menganggu-gugat pembinaan negara bangsa yang kita idam-idamkan.

“Silibus sejarah sekolah persendirian Cina masih mengagungkan komunis. Komunis dilihat sebagai pejuang menentang Jepun,” katanya.

BACA PENUH ULASAN PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button