Berita UtamaPendapat

Virus COVID-19 menggila

Kes meningkat di India mungkin disebabkan varian double mutant

1. JUMLAH kes COVID-19 di India telah mencecah 17 juta (separuh penduduk Malaysia) dengan kematian melebihi 200,000 orang.

2. Kini kes baharu harian telah melebihi 300,000 dengan kematian harian lebih daripada 2700 (bersamaan jumlah kes baharu harian Malaysia).

3. Dari segi statistik, setiap tiga kes baru dunia, satu kes datangnya dari India.

4. Hospital-hospital di New Delhi yang mempunyai penduduk padat seramai 20 juta orang, kini telah mula menolak pesakit yang positif kerana katil telah penuh dan kehabisan bekalan oksigen.

5. Para pesakit terlantar di dalam kereta, di tepi jalan dan di perkarangan hospital sementara menunggu bantuan

6. Pusat-pusat pembakaran mayat yang penuh menyebabkan mayat terpaksa dibakar di kawasan awam yang terbuka.

7. Lebih menakutkan sesetengah saintis menyatakan apa yang berlaku di India mungkin disebabkan varian baharu virus yang dinamakan ‘double mutant’ B.1.617.

8. Tidak mustahil varian virus yang sama boleh merebak ke seluruh dunia dan menyebabkan gelombang ketiga Covid-19 yang jauh lebih parah

9. Moga Allah SWT menyelamatkan negara kita dari musibah serupa yang melanda India.

10. Ada pengajaran besar di sana untuk kita. #kitajagakita

Ir Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button