Pendapat

Al-Quran timbang tara kehidupan mukmin cemerlang

Insafi kepentingan al-Quran dalam bina kehidupan umat Islam

SEMPENA nuzul al-Quran ini marilah sama sama kita menginsafi betapa pentingnya al-Quran di dalam membina kehidupan kita semua.

Al-Quran adalah garis panduan kita semua. Generasi pertama (para sahabat) adalah generasi yang cemerlang bersama al-Quran.

Kecemerlangan mereka bersama al-Quran terus gemilang sehingga dunia telah dapat mereka tadbir dan makmurkan dengan keberkatan penghayatan mereka kepada al-Quran.

Kita semua cukup yakin bahawa kehebatan dan kecemerlangan pasti tercapai selagi mana menjadikan al-Quran dan as-Sunnah serta tuntutan dan larangan syariat sebagai ukuran timbang tara dalam kehidupan mukmin.

Akhirnya, marilah kita sama sama menjinakkan diri kita dengan al-Quran, melazimi membaca, memahami, mentadabbur isinya semoga kita semua menjadi generasi al-Quran dan akhirnya mampu mentadbir serta mengurus watan tercinta ini dengan cemerlang.

Ustaz Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button