Dunia

COVID-19: Sepanyol, Portugal kesan kes pertama varian di India

Tak tolak kemungkinan wujud penularan dalam kalangan masyarakat

OVIEDO, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Varian baharu COVID-19 yang melumpuhkan India kini dikesan di Andalusia, di selatan Sepanyol, kata Menteri Kesihatan wilayah, Jesus Aguirer pada Rabu. 

Enam kes varian juga dikesan di negara jiran Portugal minggu ini. 

Menteri Kesihatan Portugal, Marta Temido berkata, dipercayai ada tanda jelas berlaku penularan dalam kalangan masyarakat memandangkan mereka yang dijangkiti tidak pernah melakukan perjalanan ke negara Asia Selatan. 

Sepanyol sedang menyiasat satu lagi kes jangkitan disyaki di Valencia, membabitkan seorang wanita yang dipercayai adik perempuannya ada melakukan perjalanan ke India, baru-baru ini. 

Pada Selasa, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan varian itu dikesan sekurang-kurangnya di 17 negara. 

Pegawai WHO masih mengkaji corak varian itu, namun model awal menunjukkan ia mungkin lebih cepat merebak. 

Sebilangan besar jangkitan COVID-19 di Sepanyol dan Portugal disebabkan oleh varian United Kingdom (UK), yang merebak dengan cepat di Semenanjung Iberia. 

Bagaimanapun, Portugal kini mempunyai kadar jangkitan terendah di Kesatuan Eropah (EU), yang kini melaporkan kurang daripada 70 jangkitan per 100,000 orang dalam dua minggu terakhir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button