Berita Utama

Hampir 4,000 sertai Rehal Ramadan anjuran Wanita ISMA

Program mengajak wanita bertadarus al-Quran ketika bulan Ramadan

BANGI, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Bagi mengimarahkan bulan Ramadan pada tahun ini, Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menganjurkan program Rehal Ramadan, selari dengan bulan mulia itu yang sinonim dengan al-Quran.

Program berkenaan diadakan bagi mengajak kaum wanita bertadarus dan bertilawah al-Quran, dalam pada masa sama meninggikan syiar Islam.

Ketua Wanita ISMA, Ustazah Dr Suriani Sudi berkata, program itu diadakan secara dalam talian menggunakan platftorm seperti aplikasi WhatsApp dan Google Meet.

Katanya, ia susulan daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan penularan wabak COVID-19 yang menghadkan perkumpulan orang ramai.

Bagaimanapun, katanya lagi, hanya beberapa surau dan masjid sahaja dibenarkan diadakan secara bersemuka.

“Surau-surau terbabit termasuk di Surau Raudhatul Firdaus yang terletak di Saujana Impian, Surau Al Hidayah di Pangsapuri Makmur di Kajang serta Surau D Cerrum dekat Semenyih,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Dr Suriani berkata, program berkenaan dibimbing oleh Wanita ISMA dengan penyertaan hampir 4,000 wanita di 42 cawangan ISMA di seluruh Malaysia.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button