Berita UtamaDunia

Hujan selama 3 jam akibatkan Masjidil Haram dilanda banjir

Banjir tidak patahkan semangat jemaah melakukan tawaf

RIYADH, 17 Ramadan 1442H, Khamis – Hujan lebat selama tiga jam, semalam menyebabkan banjir di beberapa wilayah di Arab Saudi, termasuk di Masjidil Haram, Makkah.

Akibat daripada banjir itu, jemaah umrah di Masjidil Haram melakukan tawaf sambil memegang payung namun bencana itu tidak mematahkan semangat mereka untuk terus menunaikan ibadah berkenaan.

Video yang dikongsi dari Makkah turut menunjukkan kereta tenggelam akibat jalan yang dilanda banjir.

Sementara itu, Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi memberi amaran bahawa hujan dijangka berterusan hingga hari Ahad ini di beberapa wilayah di selatan negara itu.

Jumaat lalu, pihak berkuasa mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan hujan lebat dan ribut petir di Makkah, Madinah, Al Baha, Jazan dan Najran.

Pihak berkuasa turut menjangkakan banjir di wilayah timur, Riyadh dan Qassim serta hujan renyai di Jawf, Tabuk dan sempadan utara.

Jabatan Pertahanan Awam pula norang ramai supaya menjauhi dari tempat-tempat yang dijangka mengalami banjir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button