Uncategorized

Tuntut gaji untuk keluarga ‘syuhada’

Protes kerana PA buat pemotongan gaji tanpa sebab

BAITULMAQDIS, 26 Jamadilakhir 1442H, Isnin – Penduduk Palestin di Gaza melakukan mogok lapar selama sehari bagi memprotes keputusan Pihak Berkuasa Palestin (PA) memotong gaji mereka selama tujuh tahun.

Mogok lapar yang diketuai Jawatankuasa Nasional adalah bagi menuntut pembayaran semula gaji kepada keluarga warga Palestin yang mati syahid atau para syuhada serta mereka yang tercedera di Gaza – yang turut serta dalam mogok lapar berkenaan.

Dalam sidang media yang diadakan di hadapan pejabat kebajikan syuhada milik PA, jurucakap jawatankuasa berkenaan, Alaa Al-Barrawi berkata, mogok lapar itu adalah mesej kepada para pemimpin Palestin di Kaherah akan peri pentingnya menyelesaikan masalah para syuhada.

“Kami mahukan pembayaran balik gaji yang ditangguh bagi memastikan kehidupan yang bermaruah bagi keluarga para syuhada dan cedera yang telah menderita selama bertahun-tahun.” katanya.

Pada Januari 2019, PA memotong gaji 2,700 keluarga para syuhada dan mereka yang cedera di Gaza tanpa sebarang alasan. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button