Berita UtamaDunia

COVID-19 makin buruk, penggali kubur Mumbai terpaksa kerja 24 jam

Kerajaan India tak beri apa-apa bantuan, pekerja hanya harapkan masjid

MUMBAI, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – India berada di tengah-tengah gelombang jangkitan COVID-19 kedua yang telah menyaksikan sekurang-kurangnya 300,000 orang disahkan positif setiap hari selama seminggu ini, dengan jumlah kematian meningkat kepada 18 juta orang.

Keadaan sistem kesihatan di negara itu dan pusat krematorium mereka semakin kritikal.

 

Di Delhi, ambulans terpaksa membawa mayat mangsa COVID-19 ke krematorium, sementara di taman dan tempat letak kereta, di mana mayat dibakar di situ.

Sementara itu, penggali kubur di Mumbai, Sayyed Munir Kamruddin, 52, dan rakannya terpaksa bekerja sepenuh masa untuk mengebumikan mangsa COVID-19.

Sayyed yang sudah 25 tahun melakukan pekerjaan itu berkata, dia telah berhenti memakai peralatan pelindung diri dan sarung tangan.

“Saya tidak takut dengan COVID. Ini satu-satunya tugas kami. Mendapatkan mayat, mengeluarkannya dari ambulans, dan kemudian menguburkannya,” katanya sambil memaklumkan bahawa dia tidak mempunyai cuti dalam setahun.

Walaupun ketika ini adalah pertengahan bulan Ramadan, Sayyed berkata, pekerjaan yang berat dan cuaca panas menyukarkannya untuk berpuasa.

“Kerja saya sangat sukar. Saya merasa dahaga dengan air. Saya perlu menggali kubur, menutupnya dengan lumpur, perlu membawa mayat. Dengan semua kerja ini, bagaimana saya boleh berpuasa?,” soalnya.

Namun, Sayyed tetap meneruskan pekerjaannya, dan dia tidak mengharapkan bantuan daripada kerajaan dalam waktu terdekat.

“Keyakinan kami terhadap masjid kami sangat kuat. Kerajaan tidak akan memberi kita apa-apa. Kami bahkan tidak mahukan apa-apa daripada kerajaan,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button