Berita UtamaIstimewa

Jijik! Hingga zakat pun nak jadi ‘political mileage’

Serangan isu sensitif bukan dituju pada individu tertentu tapi orang Melayu Islam

BANGI, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Hanya pengecut sahaja yang akan memainkan isu sensitif khususnya hal berkaitan umat Islam.

Ini kerana, ada pihak seolah-olah sengaja mengangkat isu berkenaan sebagai perbincangan dalam kalangan rakyat, kononnya menggambarkan bulan Ramadan sebagai peluang keemasan untuk memijak maruah umat Islam.

Bagi, Aktivis Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kuala Lumpur, Dr Mohammad Faezuddin Shamsualhari, serangan yang dilakukan adalah ibarat seorang pengecut – tidak dihormati – kerana tahu mereka tidak berupaya menang secara berdepan.

“Jadi digunakan semua platform untuk menyerang kepentingan umat Islam. Semua orang harus melihat jijiknya golongan-golongan ini menggunakan segala ruang yang ada sehinggakan zakat yang dibayar orang Islam sekalipun nak diguna sebagai ‘political mileage’.

“Sedarkah kita serangan isu-isu sensitif ini bukan ditujukan kepada individu tertentu tetapi kepada orang Melayu dan Islam keseluruhannya?

“Api yang dinyalakan ini terus menerus ditiup oleh angin sehingga marak membakar kawasan sekeliling. Sampai bila orang Melayu mahu terus dibakar api sebegini?” soalnya dalam satu kenyataan.

Sekalipun perbuatan golongan itu tidak bermoral serta tidak jujur, Dr Mohammad menegaskan bahawa umat Islam tidak boleh membalas sedemikian rupa.

“Menjadi seperti mereka menandakan kita adalah sebahagian dari mereka. Kita perlu berdiri tinggi, terus bersama dengan orang Islam yang jujur mempertahankan agamanya. Kata Buya Hamka, ‘Jika diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kafan’.

“Walaupun begitu, kita amat bersyukur kepada Allah kerana mengurniakan peluang buat kita berdepan dengan musuh sebegini.

“Jika golongan sebegini memuji, menyokong dan mengangkat kita, kita patut berasa janggal kepada diri sendiri. Kita patut bertanya adakah kita berada di pihak yang benar atau sebaliknya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button