Berita UtamaDunia

Lebih 400,000 maut, COVID-19 di Brazil membimbangkan

Berpunca varian mutasi muncul di sekitar Hutan Amazon

RIO DE JANEIRO, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Angka kematian COVID-19 di Brazil mencatat rekod membimbangkan iaitu melepasi 400,000, semalam.

Jumlah itu dicatatkan tatkala negara itu bergelut untuk memastikan vaksin mencukupi dan ketika Senat menyiasat sama ada kerajaan Presiden Jair Bolsonaro telah memburukkan lagi krisis pandemik itu.

Kementerian Kesihatan melaporkan, 3,001 kematian COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan 401,186 – kedudukan kedua selepas Amerika Syarikat (AS).

Dengan jumlah penduduk seramai 212 juta orang, negara Amerika Selatan itu juga mempunyai salah satu angka kematian tertinggi dalam pandemik itu, pada kadar 189 kematian per 100,000 penduduk – yang terburuk di Amerika dan salah satu daripada 15 teratas di seluruh dunia.

Walaupun telah melepasi puncak gelombang baharu, jumlah kematian harian tetap tinggi, secara purata 2,526 sejak minggu yang lalu, berada di belakang India.

Pakar menyalahkan lonjakan terbaru sebahagiannya pada virus ‘varian Brazil’, mutasi yang muncul di atau sekitar hutan hujan Amazon, bandar Manaus pada Disember tahun lalu.

Dikenal sebagai P1, virus itu boleh menjangkiti semula individu yang mengalami strain virus asal dan mungkin lebih mudah menular. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button