Dunia

Mahmoud Abbas tangguh pilihan raya Palestin

Enggan teruskan pemilihan 22 Mei jika Baitulmaqdis dikecualikan

RAMALLAH, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas memutuskan untuk menangguhkan pemilihan Parlimen yang dijadualkan pada 22 Mei ini. 

Mengulas penolakan rejim pengganas Israel untuk mengadakan pilihan raya di Baitulmaqdis, Abbas berkata, pihaknya tidak akan meneruskan proses demokrasi itu jika wilayah berkenaan dikecualikan. 

“Kita tidak akan mengadakan pilihan raya tanpa ada Baitulmaqdis. Saya mahu pilihan raya di Baitulmaqdis seperti di Tebing Barat,” katanya dalam ucapan, semalam. 

Beliau berkata, pihak Israel masih belum memberikan jawapan atas permintaan Palestin untuk mengadakan pilihan raya di Baitulmaqdis. 

Malah, kata Abbas, Kesatuan Eropah (EU) juga memberitahu pihak Palestin mengenai kekecewaan mereka kerana tidak mendapat jawapan daripada Israel. 

Katanya, Israel mengancam akan menahan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat, Hanna Nasser jika beliau ke Baitulmaqdis bagi melakukan persiapan pilihan raya. 

Sebelum ini, pemimpin Hamas, Jamal al-Tawil memaklumkan bahawa pihaknya menolak penangguhan pilihan raya Palestin. 

“Keputusan menunda jika ia berlaku – adalah keputusan yang serius. Ia ditolak dan dianggap menganggu kepentingan rakyat Palestin,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button