Berita Utama

Radzi buat laporan polis terhadap pemilik akaun FB dakwa tak amal penjarakan fizikal

Semakan dibuat gambar tular palsu

KUALA LUMPUR, 29 Safar 1443H, Rabu – Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook, yang mendakwa beliau tidak mengamalkan penjarakan fizikal dalam satu sidang media baru-baru ini.

Menurut Radzi menerusi akaun Facebooknya beliau dimaklumkan mengenai satu hantaran Facebook yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah tiada penjarakan fizikal.

Radzi memaklumkan setelah semakan dibuat, gambar yang ditularkan pemilik akaun bernama Yuseri Yusoff itu didapati palsu.

“Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB (Yang Berhormat) Tuan Haji Wan Hassan Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, YB Ustaz Hj Satiful Bahari Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM (Sekolah Menengah) Sains Dungun pada 3 Oktober 2021.

“Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu. Tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. Laporan polis telah pun dibuat,” katanya dalam hantaran itu hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button