Berita Utama

Rakyat digesa jadikan SOP COVID-19 amalan wajib

Bagi pastikan penularan dapat diputuskan, lekuk jangkitan dilandaikan

KAJANG, 18 Ramadan 1442H, Jumaat- Rakyat di negara ini perlu terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikekang.

Yang di-Pertua Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) Hulu Langat, Yudi Kurniawan Budi berkata, norma baharu mematuhi SOP harus dijadikan amalan wajib bagi setiap individu dalam masyarakat.

Hanya dengan kaedah itu, katanya, penularan COVID-19 dapat diputuskan selain lekuk jangkitan dapat dilandaikan.

“Kita dapat melihat kadar pematuhan yang sangat baik dikalangan pengunjung yang datang ke sini hari ini.

“Ada penjarakkan fizikal, pemakaian topeng muka, laluan sehala, pengimbas suhu, buku rekod dan juga petugas keselamatan dari Rela yang memantau keadaan pada setiap masa,” katanya ketika tinjaun di bazar Ramadan di Kampung Sungai Ramal Dalam, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya berharap supaya angka-angka statistik COVID-19 akan diturunkan kepada tiga dan seterusnya dua angka seperti sebelum ini menerusi disiplin yang tinggi serta komitmen semua pihak.

Semalam, negeri Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi jangkitan iaitu sebanyak 1,083 kes diikuti Sarawak dengan 522 kes dan Kelantan 401 kes.

Ia kemudian diikuti Kuala Lumpur yang merekodkan 359 kes; Johor (207); Pulau Pinang (158); Sabah (131); Negeri Sembilan (111); Kedah (105); Pahang (92); Perak (91); Melaka (43); Terengganu (19); Putrajaya (sembilan) dan Perlis (satu).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button