Berita UtamaDunia

Thailand buka hospital lapangan rawat pesakit COVID-19

Kemudahan ini tampung pesakit gejala ringan dan tanpa gejala

BANGKOK, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Kekurangan katil hospital di Thailand memberi tekanan pada sistem kesihatan awam berikutan gelombang baru COVID-19 menjangkiti lebih daripada 34,000 pesakit bulan ini.

Semalam, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) melaporkan 1,871 kes baru dan 10 lagi kematian.

Walaupun jumlah kes harian turun di bawah 2,000 untuk pertama kalinya dalam tempoh enam hari, hospital semakin dipenuhi pesakit.

Data dari Kementerian Kesihatan Awam menunjukkan peningkatan secara bertahap dalam kalangan pesakit memerlukan intubasi serta mereka yang menderita radang paru-paru sekali gus boleh menyebabkan kegagalan pernafasan dan kematian.

Jumlah pesakit tersebut melebihi 1,000 pada Khamis.

Peningkatan jangkitan yang berterusan menyebabkan beberapa hospital lapangan dan hospital hotel di seluruh negara dibuka, di mana lebih dari 10,000 tempat tidur masih ada.

Bagaimanapun, kemudahan ini hanya dapat menampung pesakit tanpa gejala dan mereka yang mengalami gejala ringan.

Bagi mereka yang mempunyai gejala sederhana atau keadaan teruk, mereka perlu dirawat di hospital biasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button