Berita Utama

Video ‘rebus katak’ ancam keselamatan Islam, Melayu

Serangan Evangelis Zionis tak pernah berhenti: PEMBELA

BANGI, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Rakaman suara tular dipercayai Ketua Biskop (Archbishop) Kuala Lumpur, baru-baru ini didakwa mengandungi unsur menghasut.

Selain itu, video ucapan mengenai agenda 25 tahunnya untuk ‘merebus umat Islam seperti merebus katak’, disifatkan sebagai satu penghinaan dan mengancam keselamatan agama Islam dan hak orang Melayu serta peribumi yang dijamin dalam Perlembagaan.

Meskipun ucapan itu didakwa kononnya diambil secara luar konteks, Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat menegaskan, kenyataan itu seolah-olah menunjukkan bencinya individu itu terhadap agama Islam dan umatnya.

“Walaupun di luar konteks atau dalam konteks, apa yang paling penting laporan polis kita buat kerana video ini telah tular dan sejauh mana kebenaran terhadap ancaman ini biar pihak polis yang menyiasat.

“Cuma saya nak mengingatkan, mungkin sesetengah pihak menganggap ini provokasi dari pihak-pihak tertentu untuk membangkitkan kemarahan orang Islam.

“Tetapi bagi kami yang sudah berjuang lama sejak zaman kerajaan BN, PH sehingga PN sekarang, serangan Evangelis Zionis ini tidak pernah berhenti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang semalam.

Mengulas lanjut, Ustaz Masridzi yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Darul Islah (Perkid) berkata, gerakan itu sudah bergerak terlalu lama dalam negara ini.

“Daripada risikan NGO-NGO kita memang usaha untuk menjadikan Malaysia ini sebagai negara Kristian memang ada dalam agenda mereka.

“Bahkan gerakan mereka ini datang dan menyerang daripada pelbagai sudut,” katanya.

Sebelum ini, PEMBELA membuat enam laporan polis berhubung rakaman suara tular dipercayai Ketua Biskop (Archbishop) Kuala Lumpur.

Laporan itu dibuat bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat isu berkenaan kerana dibimbangi mendatangkan kemudaratan kepada agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button