Berita Utama

Video ‘rebus katak’: PEMBELA buat enam laporan polis

Bimbang perkara buruk berlaku, PDRM, KDN digesa ambil tindakan segera

BANGI, 18 Ramadan 1442H, Jumaat – Sebagai langkah permulaan, Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) membuat enam laporan polis berhubung rakaman suara tular Ketua Biskop (Archbishop) Kuala Lumpur, Julien Leow, baru-baru ini.

Laporan itu dibuat bagi menggesa pihak berkuasa menyiasat perkara berkenaan kerana dibimbangi mendatangkan kemudaratan kepada agama, bangsa dan negara pada masa akan datang.

Pihaknya menjangkakan lebih ramai lagi NGO lain membuat laporan polis berhubung isu tersebut, katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

“Alhamdulillah kami dari NGO-NGO Islam telah tampil membuat laporan polis di IPD Kajang malam tadi.

“Wakil dari pihak PEMBELA pada malam ini diketuai oleh Naib Pengerusi, Ustaz Masridzi Sat. Sebanyak 6 laporan polis dibuat.

“Ini baru langkah permulaan, kerana kita jangka lebih banyak dan ramai lagi sahabat-sahabat NGO lain membuat laporan polis di tempat masing-masing dalam isu ucapan Ketua Biskop Katolik Kuala Lumpur, Julien Leow ‘merebus umat Islam seperti merebus katak’ ini,” katanya.

Dalam perkembangan sama, PEMBELA berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.

“Kita berharap agar pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri dapat segera bertindak menyiasat dan membongkar agenda mereka.

“Ini kerana kita bimbang perkara-perkara buruk yang akan berlaku pada masa hadapan pada agama, bangsa dan tanah air kita,” katanya.

Sebelum ini, tular video ucapan Julien mengenai agenda 25 tahunnya untuk ‘merebus umat Islam seperti merebus katak’.

Bagaimanapun ada pihak termasuk orang Melayu tampil mempertahankan bahawa ianya adalah palsu.

Selain itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Katolik dalam satu kenyataan pula mendakwa, suntingan rakaman pada 2014 berkenaan adalah di luar konteks.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button