Berita UtamaDunia

18 maut hospital rawat kes COVID-19 di India terbakar

Wad hospital musnah, kebakaran dipercayai berpunca dari litar pintas

GUJARAT, 19 Ramadan 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 18 individu termasuk dua pekerja kesihatan maut dalam kebakaran di sebuah hospital yang merawat kes COVID-19 di barat India, Gujarat lewat malam Jumaat, kata para pegawai hari ini.

Kebakaran bermula kira-kira tengah malam di wad rawatan intensif Patel Welfare Hospital, pusat kemudahan COVID-19, di bandar Bharuch, 115 batu (185 km) di utara bandar utama bandar komersial, Ahmedabad.

“16 pesakit dan dua kakitangan kesihatan mati dalam kebakaran,” kata polis di Baruch, R.V. Chudasama.

Setakat ini, siasatan awal menunjukkan kebakaran berlaku disebabkan oleh litar pintas.

 

Saluran berita tempatan menunjukkan rakaman wad hospital yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran.

Sistem penjagaan kesihatan di India kini lumpuh akibat krisis COVID19, yang mana 211,853 orang telah terkorban dan menjangkiti lebih dari 19 juta orang, menurut data kementerian kesihatan pada hari Sabtu.

Pada 23 April, puluhan individu dilaporkan terbunuh dalam kebakaran di sebuah hospital yang merawat pesakit COVID-19 di pinggir bandar Mumbai. 

Sebelumnya 22 pesakit meninggal dunia di sebuah hospital awam di Maharashtra di mana Mumbai berada ketika bekalan oksigen habis ekoran tangki bocor. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button