Berita UtamaIstimewa

Bekerja dengan integriti, jauhi rasuah

Negara bergerak maju jika semua pihak mainkan peranan dengan baik

BANGI, 19 Ramadan 1442H, Sabtu – Selaras dengan tema ‘Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan Sejagat’, semua pihak perlu menjalankan tugas masing-masing dengan penuh integriti serta menjauhi gejala rasuah.

Ini kerana, jika semua memainkan peranan dengan baik, negara ini akan bergerak maju dan akan disegani dunia, kata Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Zamani Ibrahim.

Selain itu, beliau turut meminta pekerjaan yang dilakukan itu dilaksanakan dengan penuh keikhlasan.

“Bekerjalah dengan penuh ikhlas, berintegriti dan jauhi rasuah tak kiralah di mana pun anda berada,” katanya dalam ucapan sempena hari pekerja hari ini.

Pada masa sama, beliau yakin negara ini akan menampilkan perubahan wajahnya sekiranya perkara tersebut dilaksanakan.

“Ahli politik bekerja dengan baik, pegawai awam bekerja dengan baik, ahli bisnes bekerja dengan baik, cikgu bekerja dengan baik, ketua kampung bekerja dengan baik, negara ini pasti berbeza wajahnya,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button