Berita UtamaDunia

Bom kereta di Afghanistan ragut 27 nyawa

Pelajar sekolah, anggota militan antara mangsa cedera

HERAT, 19 Ramadan 1442H, Sabtu – Sekurang-kurangnya 27 maut dan puluhan lagi cedera akibat letupan bom kereta di wilayah Logar, timur Afghanistan, semalam.

Jurucakap gabenor Logan berkata, kereta yang penuh dengan bahan letupan itu meletup di ibu kota Logar, Pul-e Alam berhampiran rumah mantan Ketua Majlis Wilayah, Didar Lawang.

Rumah itu juga beroperasi sebagai rumah tumpangan dan letupan tercetus ketika tetamu berbuka puasa pada bulan Ramadan, menurut Ketua Majlis Wilayah Logar, Hasibullah Stanekzai,

Beliau memberitahu Reuters seramai 27 orang telah terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Beliau berkata, antara mangsa yang terkorban adalah pelajar sekolah menengah yang tinggal di rumah itu serta anggota militia pro-pemerintah yang tinggal di sana sementara menunggu pengangkutan udara ke tempat lain.

Tidak jelas pihak yang berada di belakang letupan tersebut. Sebagai tindak balas kepada pertanyaan Reuters, jurucakap Taliban berkata, mereka sedang meneliti insiden itu.

Keganasan di Afghanistan meningkat belakangan ini selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengumumkan negaranya akan menarik balik sepenuhnya tentera daripada negara yang dilanda perang selepas 20 tahun konflik, pada 11 September.

Keputusan itu membangkitkan kemarahan Taliban yang telah menandatangani perjanjian dengan Presiden AS, Donald Trump sebelum ini bahawa tentera yang dinyatakan akan beredar dari negara itu pada 1 Mei dengan jaminan keselamatan tertentu.

Sementara itu, dalam insiden sama, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Tariq Arian berkata, seramai 21 orang terbunuh dan 91 cedera.

Katanya, operasi menyelamat dan pemulihan masih diteruskan.

Pegawai kesihatan wilayah berkata, lebih dari 60 orang yang cedera telah dibawa ke hospital dan kebanyakkan pelajar adalah antara mangsa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button